Ayam Penyet



Terliur bila teringat..huhuuu
Aku baru try 3 kali ayam penyet ni.



1st time makan, Ayam Penyet Wong Solo. Sambal die memang pedas tahap membunuh. Keluar air mata, air idung...segala jenis air la.. (air yg berkenaan jela..)


2nd time, Ayam Penyet Api. Pedas gak sambal dia tapi tak macam yg 1st tadi. Aku rase aku prefer ni la coz ulam dia lagi mewah. Empal daging sini pun sedap gak! Harga pun murah dari Wong Solo.


3rd time, ayam penyet Ani Sup Utara. Yang ni totally out. Tak macam ayam penyet pun. Macam ayam goreng berempah je. Sambal die pun tak best. Sambal belacan biasa je... Coz tak best so..takde gambar la yek.


Nak try ayam penyet tempat lain pulak pasni... 

IKEA



Hari ini dalam sejarah aku g melawat IKEA.
Biasa lalu depan jek tak teringin pun nak singgah.
Dah tertanam dalam otak aku ni IKEA tempat untuk orang2 yang dah kawen jek.

Tapi tadi teringin plak nak jamu mata kat situ
(Practice jadi orang2 yang dah kawen la konon).

Memang interesting gilerr. Kalau orang yang pernah pergi mesti tau konsepnya. Show room yek bukan cam shopping complex yang kita biasa pergi. Susun barang banyak2 then pilih. Bosan. Kat sini dia dah susun set bedroom, living room, kitchen etc... So die tolong kita generate idea camne nak decorate rumah kite sendiri. Tak la blur2 nak wat concept ape..kaler ape...etc.


Macam2 idea kat dalam pale otak aku tadi.
Nak living room camni...nak bedroom cenggitu...bla bla bla...
(Imaginasi terlampau).


Aku suka basic colour black n white. Modern, simple tp cantik!



Tak sabar rasenye nak berumah tangga ada rumah sendiri... 


Nasi Ambeng



1 of my favret food. 
Dengar name jek dah tau kan ni makanan orang jawe.


Nasi puteh, serunding kelapa, ikan masin, sambal goreng, mee goreng, gulai ayam/daging, bergedil, tempe goreng, tauhu goreng, paceri nenas, acar timun, timun segar dll...


Banyak kan lauk? Semuanya diletak sekali dan dibungkus dalam daun pisang.
Masyuukk weyh!!
Ni la yang aku tunggu2 kalau balik kampung.


Kat sini pun ade..tapi lauk kurang n tak ory la coz aroma daun pisang tu x cukup kuat.
Kalau buat sendiri pun rasenye tak sama.. Tak tau la kenape.


Biasenye kenduri la ade nasi ambeng ni. Tuan rumah bungkus bagi bawak balik. And aku sanggup tahan lapar smpi pukul 10mlm tak mkn semata2 nak tunggu abah aku balik dari keduri bawak nasi ambeng ni...hehe







Tetamu yg tak diundang...Syawal ke-6




Cik Yam tak senang duduk. Awal2 pagi dah riuh sereban.

Rupanya ada tetamu yang tak diundang...

2 ekor ayam dia dah muntahkan. Yang kat dalam perut tak tau la ada bape lagi...
Panjang kan? Aku rase dalam 7-8 kaki..
Dengan kain gombang tu wat operasi..naseb bek tak terlucut

Cantik...tp terpaksa tamatkan riwayatnya..tak dapat gunakan cara lain.. 


Ada niat nak call bomba tapi bila fikir balik tak jadi la... bila bomba sampai 45 minit kemudian tak tau la bende tu dah sampai mane..



Pukul 4 pagi..


Aku terjaga.
Dalam mamai2 tu otak ni duk fikir
Hati berkata-kata...

'Sapela yang tak reti tido ni'
'Main ketuk2 plak malam2 buta ni'

Tangan meraba2 cari handphone.
4.15 am.
Sedar sepenuhnya...

'Tu bunyi lesung...'



Teringat masa kecik2
Mak bangun awal2 pagi
Sediakan masakan panas untuk anak2 sahur
Tapi anak2 liat nak bangun makan.
Padahal tinggal makan je pun...
Tu ok lagi.


The worse...ada jugak anak2 yang marah sebab kene kejut tengah sedap2 tido.
Marah conform la dengan suara tinggi.
Hukumnya?? Fikir la sendri...


Akupun akan jadi ibu 1 ari nanti..Insyaallah...
Tapi..larat ke aku nak bangun prepare sahur untuk anak/anak2 dan ...??


Raya sudah pasti?


Tahun lepas salam tangan masih kosong...
Tahun ni.....
Baru aku sedar anak buah aku dah 5 orang. Ramai tu..!!!


22 Ramadhan...


Tapi aku asyik duk mengira hari
Bila la nak 29 Ramadhan ni...



29 Ramadhan bersamaan hari Khamis, 9 September 2010.
Aku dah apply cuti & dah approved pun.
Hari tu aku akan balik kampung. Yahooo..!!!

Ada lagi 7 hari.
Tapi aku dah takda mood nak keje.
Mood cuti dah mari...
Huh benci betul! 


Masih sempat menambahkan amal ibadat sepanjang sepuluh malam akhir Ramadhan... Selamat beramal...


 

pepatungkristal.blogspot.com Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help