Sabar selagi mampu


Aku ditekan dan tertekan.

Kamu, kamu, dan kamu...

Maafkan aku.


~money is not everything, but everything nid money~


p/s: once again....aku memencil diri muhasabah diri.

Rokok dan jantina..




"Benci betul tengok pmpuan isap rokok"
"Nape?"
"Tak sopan betul"

Ape bezanya kalau laki isap rokok?
Sopan sangat la?

Dgn riak takbur sombong lg bongkak
slumber jek duk hembus asap berkepul2 di khalayak ramai.
Depan budak2, depan pregnant women.
Kalau laki yg isap rokok tu sopan sgt g r merokok sorok2
bwh jambatan ke, dlm tangki najis ke tempat yg xde org lain.


Aku bkn menyokong wanita merokok.
Tapi aku nak betulkan statement yg meletakkan jantina khusus pd perokok.

Rokok diharamkan pada wanita sebab keselamatan dan pembaziran
Sama je hukumnya dengan lelaki. Tak pilih jantina.
So tolong kalau nak kutuk smokers perempuan
Jgn bg alasan bodoh camtu
Sound direct je..

Smokers ni loser. Dah baik2 idup nak bunuh diri.
Ade duit lebih senang2 nak bakar.
Useless.

p/s: smokers yg bc ni sorry aku mmg benci bila korg merokok. tapi aku x benci korg. tlg faham.

Incubator

Ciptaan adik aku.
Fungsinya...


Untuk eramkan telur ayam kampung
Maklum le ibu muda lepas bertelur tinggal
Tau nak enjoy jer...





Desperate!


Desperate giler nak berenti kerja ni.
Aku rasa keselamatan dan kesihatan aku terganggu

Jumaat dan Sabtu minggu lepas
Aku di geli-gelikan oleh seekor tikus bunting
yang sibuk membawa perut ke sana ke mari
sambil membuat bunyi yang menggeletek gegendang telinga.

Ntah bila agaknya aku panjat kerusi
Sedar2 dah duduk bersimpuh penuh ayu atas meja.
Bila makcik cleaner dan cik QC yang gagah cuba membantu
Mak menti menikuskan diri.
Tak dapat dikesan!

Pagi ni sampai2 je lab aku on air-cond
Penghawa dingin brand carrier tu seperti tersekat.
Mengapakah??

Tiba-tiba...
Seekor cicak gebu terjelupuk di depan mata
Dia cedera parah!!!
Amit amit jabang baik ojo kaget!

Chuuppp!!


Lagi 4 ari...tapi dah start nervous.
Kupu2 berterbangan di dalam perut.




Sila ucapkan 'Semoga Berjaya'




p/s: Esok baru cuti arini ade lagi...

Emergency leave


2-3 hari ni
aku nak bercuti dari berblog.
Aku nak berkhalwat di gua tempurung.

Sblm aku blah
Aku nk remind korang sume

Jangan rindukan aku... [serius]

Hanjeeng dan sport rim.




Kenapa kucing dan anjing kalau dapat peluang
[tgk kiri kanan line clear, agak2 x kena baling slipper]
Menatang nih akan kencing kat rim kereta, moto mahupun basikal.

Pagi tadi aku OTW nak g keje
Lalu kat kawasan bukit ni
Area orang jogging tiap2 pagi dan petang.
So banyak la kereta parking tepi jalan.

Ade sekor hanjing ni
Pancut baeeekkk punyer kat rim kete ni.
Diulangi
Bukan kat tayar ye tapi kat sport rim BMW sport kaler puteh.

Apsal die x pancut kat rim Kancil ke, Myvi ke, Iswara ke, van jual air ke...
Kencing pun nak pilih tempat hi-class?

harap maaf jika bahasa yang digunakan menyentap jiwa.

Dan pemenangnya jatuh kepada...


Beautiful Blogger Awad.
Aku dapat dari blogger yang agak beautiful gak la..ahakz
Thnx to him.
Ade few rules...but i want t break d rules. Boleh??

Skycrapper thanx alot. 
Camnepun aku tetap tunggu award ko wat sendri.
Nak ade gambar moto k! 

I really appreciated whoever yang menjengah2 ke sini
Yang selalu tumpang2 lalu
Main click2 kat ads yg kelip2
Guling2 sambil mencurahkan idea2 bernas
Mahupun menambahkan bilangan comment pada setiap post.
Tak dilupakan semua followers yang harini (23th March 2010)
berjumlah 107 orang.

Coz of that...saya dengan berbesar hati, riak, lagi meninggi diri
menganugerahkan award ini kepada anda semua


Takle riak sangat coz copy award org..gheee
Tiada paksaan sape2 nak amek dipersilakan...
Besenye ibu2 je yg kesah bende2 camni.
Bapak2 sume wat dono jer... Momantai...ikut korg la..
 
But aku nk highlightkan few names yang selalu menwar-warkan kedatangan mereka ke pepatung kristal ni:

futbolmaster     mr cEro     shukjessa     skycrapper lagi     jelinajoli     hanaa     one-ny     mamazahra     legacy piston pecah    @ki     mama izzti

7 perkara pasal aku: Sila refer ke page Cik N


9 lawan 1 pun kalah?


Khabarnya seorang nenek yang lumpuh disebabkan angin ahmar
dirogol oleh seorang bomoh 45 tahun.

Jika benar...
Di mana fungsi 9 akal lelaki sehingga tewas dengan nafsu yang 1?

Yong Tau Fu


Yong Tau Fu bersup.
Kat Johor n Melaka memang banyak.
N9, Selangor etc. sume yong tau fu xde sup. Just sos jer..
So kalau nak makan ni memang aku tunggu balik kampung jela...huhuu

Tempat favourite [sedap dan murah]
Medan Selera Perhentian Bas Bentayan Muar.

Operation time: 6pm-2am [tp kalau abes awal hawker balik tido..]
Ade banyak stall kat sini..macam2 menu.
Location tepi laut n open air [sgt sesuai utk lepaking]

 Ni 1st round..malu2 lagi tu yang nampak cam sikit jer..kekeke
Menu wajib bila lepak sini...
Yong Tau Fu & Otak-otak.

Yong Tau Fu semangkuk besar sepatutnya untuk 4 org makan [RM 7]
Tapi aku n member aku melantak berdua jek...kakaka
Otak-otak 10 [RM 4]
Jus epal yg maveles [RM 1.50]

Murah kan?? Mane nk dapat camni kat Shah Alam...
I luv my hometown!

Ada pangkat kene jadi bodoh sombong ke?


1 of my fren pergi interview SPA last week untuk post Science Officer.

Memang semua tau untuk fresh grad peluang nak dapat tu sangat2 tipis.
They prefer experinced candidates.

Tapi ade few story la yang buat aku teruja n nak jumpe interviewer tu
Nak tanye diorang face to face

  • Interview Science officer wajib pakai blazer ke?
  • Kos Science Bio-Molecular dengan Molecular Biology tak same ek?
Sebelum nak reject orang tu at least
Diulangi ATLEAST
tengok la syllabus subject ape yang ade dalam senarai tu.

Ini tak
dengan yakin dan kerek slumber je kate
"Kos awak ni takde dalam senarai. Awak amek sceince biomolekul. Yang ada dalam list ni biologi molekul"
Haiissshhh...!!!!

Sepanjang interview dok argue pasal bende tu je.
Tak tengok pun syllabus.
Macamana la orang tu boleh jd interviewer??

Even bukan aku yang kena
Tapi aku tetap rasa
Interviewer yang kerek lagi sombong tu 
dengan riak dan takburnya menunjukkan kebodohan sendiri.

p/s: some said dorg sebenarnye dah ade calon yang layak tapi panggil gak yang lain dtg interview utk ikut procedure dan penuhkan syarat. tolong la...menganiaya orang r camtu. bkn boleh claim pun modal g interview tu



Announcement


For a few reason
Only registered users are allowed to leave comments.

This is sticky mode post for 48 hours.
New post please scroll down. TQ.

Ajaran Sesat


Info mngenai ajaran sesat.

Ajaran yang mesti dipatuhi oleh pengikut:

  • Zikir je tak payah sembahyang.

  • Mandi air yassin untuk menyucikan diri.

  • Pengikut adalah pilihan Allah.
  • Guru adalah Nabi dan Rasul.

  • Ingat muka guru = ingat Allah.

  • Pengikut kena bagi zakat tahunan kpd guru dan zakat pendapatan tiap2 bulan.

  • Kalau nak sucikan dosa kene bayar [contohnya RM200].

  • Kene bayar RM 1.50 kat guru sbg fidyah satu waktu sembahyang fardu yang ditinggalkan.

  • Tak boleh bercampur dengan orang luar sebab bukan ahli adalah kafir.

  • Takleh g sembahyang kat masjid or surau sebab banyak syaitan berkumpul.

  • Takyah g Umrah. Pegi je kolam ikan kat Melaka dlm 2-3ari. Tu dah dikira same dgn Umrah.

  • Takyah g haji ke Makkah sebab duk kat dimarkas je dah disahkan sebagai haji.

  •  Sambut di markas dgn guru sebab arii raya semua Nabi, Rasul malaikat Jibrail  turun ke markas sambut raya sama2.
 Kerajaan Langit Ayah Pin


Persoalannya:
Kenapa masih sesat walaupun dah banyak aduan dan kes dibongkar??


Kabus

2-3 ari ni berkabus.
Even aku keluar g kerja dah pukul 7.40 pg.
 Certain area tak teruk sangat
Ada area kabus tebal mengurangkan jarak penglihatan.
Sebab??


Bebelan Untuk Rakan Blogger...


Baru aku sedar
2-3 ari ni cam banyak je entry aku pasal makan.
Ye memang diakui aku memang terlebih makan sejak duk kampung ni.
Dan hasilnya...pipi dah semakin tembam.
Tapi di mata dia aku masih tetap cuTe [abaikan statement yang meloyakan itu]
Ok entry ni khas untuk kengkawan aku
yang baru je nak join kelab penulisan blog ni.
[amnya untuk semua yang sudi membaca]

Nak jadi blogger tegar ni kena ada ketahanan mental dan fizikal
untuk duduk berjam-jam menghasilkan entry terbaik
dan tahan untuk menerima kutukan dan sindiran dari pembaca.

Tu pun kalau korg skema la nak tulis entry yang cam karangan BM form 5.
Kene ade introduction, isi dan penutup.
Kalau cam aku ni main taram jek..
Kebanyakan entry aku xde introduction
Ada jugak yang takda isi
Dan penutup...boleh dikira berapa je..

Kutukan dan sindiran tu biasenye untuk bogger lelaki la.
Ramai berpendapat blog ni sesuai untuk perempuan je
Sebab?? Akupun tak tau.
Mungkin dengki sebab dorang takda bakat menulis
Ataupun takde internet connection [hahaha...]

So kalau ade yang kate
"Ko ade blog? Ekelle cam pempuan seyh die ni.."
Abaikan je.
Tapi kalau dia ulang lebih dari 5 kali
Tunjukkan kejantanan anda! 
Caranya? [lu pikir la sndri]

Jangan jadi macam aku dulu
Kene gelak dengan besfren dah merajuk.
Pastu privatekan blog tu.

Header blog lame aku yang dah diprivatekan

Aku bangkit dengan semangat baru [sorry agak poyo]
Dan blog yang baru...heheee

Belajar slow2...
Camne nak tukar template
Amek berat setiap comment readers 
And yang paling penting
Biar template skema dan tak cantik
Asalkan tak serabut dan font jangan terlalu kecik dan terlalu besar.
Sakit mata orang nak baca.
Kaler pun agak2 la...jangan sampai pecah kepala.
Jangan malu bertanya.
Tapi ade gak blogger yang kemut lg kedekut.
Tanak share ilmu
Tanak blog orang lain lebih cantik dari blog dia.
Untuk orang2 camni pun abaikan jer...
Ramai lagi orang yang boleh share info.

Alamak dah panjang lak aku bebel.
Dah melanggar etika ni. Haishhh..!!!

Tapi sampai sekarang
Dah dkt 4 tahun aku terlibat dalam dunia ni
Kalau ade orang tanye
"Blog ni buat ape sebenarnye..??"
Aku cuma boleh jawab
"Saja suka2..." dan senyum je.
Sebab kalau nak bercakap pasal tujuan sebenar berblog ni
Boleh mengambil masa yang lama
dan boleh mengundang kemarahan.
Sebab setiap orang ada pendapat dan hujah tersendiri.

Sekian.

Mee Bandung


[Mee bandung medan selera benteng, Batu Pahat]

Sekarang ni susah nak cari mee bandung yang asli.
Kebanyakan resipi dah diubah
Tak sure sama ada diubah oleh tukang masak mengikut idea yang sememangnya kurang bernas ataupun tukang masak tu memang takda bakat nak masak mee bandung.

Even kat area Muar n Batu Pahat ni
[tempat kelahiran tukang masak otai]
Tak semua kedai makan serve mee bandung yang sama rasa
ataupun SEDAP.

Kalau luar Johor lagi la haru nak mencarik mee bandung ory.
Aku macam serik pun ade gak kalau nak makan mee bandung selain kat Muar or Batu Pahat.
Sebab dah banyak kali aku frust.
Order mee bandung tp yang dorang serve ntah pape je.

Mee bandung asli
Takyah makan lagi bau je idung dah terangkat.
Bila makan akan ada rasa yang variety
Pedas, lemak,manis dan kuah pekat berasaskan udang kisar n keledek.
Susah nak describe rase sebenarnye cane...
Cuma pure Johorean je tau nikmatnya mee bandung sebenar...

D making of....

Tapai Ubi...

Gambar google. Dah separuh jalan baru aku ingat nak amek gambar..hehe
 Firstly....
Kene ada ubi rebus. [pastikan ubi dari sumber yang halal yek]

 Then, ragi...
 
  Daun pisang [untuk rase dan aroma yang lebih asli]
 
Hancurkan ragi, tapis dan ratakan pada ubi rebus.
Make sure ragi betul2 rata.
Untuk rasa lebih manis tambahkan sedikit gula
[ragi sahaja tapai akan masam dan kurang manis]

 
Bungkus dalam daun pisang.
[My mom prefer masukkan semua dalam periuk/besen yg dilitupi daun pisang.
Bila dah jadi tapai baru bungkus kecik2]

Peram/biarkan kat tempat yang agak panas [jangan masuk fridge] selama 36-48 jam.

Inilah hasilnya....
Tapai Ubi Mak Siti...kekeke

Ni la hobi baru mak aku.
[mak annual leave skrg ni boring duk rumah]
Cabut ubi belakang rumah buat tapai.
Dah 3 minggu dah. Boleh buat bisness. 
Tapi nampaknye mak cume nak buat amal jariah dengan jiran2 je...

Aku prefer tapai pulut

Roti Canai Banjir yang menjadi igauan...



I really miss this...
Roti canai banjir cafe Menara SAAS.

Roti yang lembut
Kuah dhal yang pekat dan sentiasa panas.

Tak jumpa lagi kat tempat lain yang serupe camni...


Daisypath Anniversary tickers
 

pepatungkristal.blogspot.com Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help