Esok boss takde...



Sampai Isnin. Lamenyer gilerrr..!!!


Sepatutnya aku boleh melompat2 hepy..tapi...


Tengok meja yg serabut tu jadi kusut kepala aku ni.
Bila la boleh settle sume tu...hmmm...

Kebaya nyonya...













Sweet sangat!!!


Kat mane boleh dapat ni dengan harga murah ek? Lame mengidam tapi rase cam mahal sangat jek..hukhuk

Pagi ahad yang membosankan...


Housemate nampaknye rajin arini so kitorang pun decide untuk bersihkan balcony rumah.
Dah lama ada niat yang murni tu tapi belum ada semangat kuat camni.

Motif utama nak bersihkan najis burung (sopannyerr) dan remove sarang die sekali.
Memang susah nak remove coz sarang tu dah melekat kuat gilerr kat siling balcony tu. But atlast hasil usaha keras berjaya jugak. Dah la tinggi kene panjat2..nseb bek jiran sume skodeng dalam diam.
Luckily takde telur or anak burung dalam sarang tu... Aku bukan pembunuh.


Around 7 pm aku dengar ade bunyi burung kt balcony.
Ada 3 ekor burung macam tengah discuss something.
Bila 'diorang' nampak aku terus terbang tak tau ke mana.

Suddenly baru aku sedar.
Aku dah buang sarang burung tu!!
Mesti die terpinga2 cari mane rumah die dah takde...huhuuu
Kesian pulak. 
Tapi bile aku tengok pokok tumpang yang hidup subur kat penjuru luar balcony tu terus aku jadi kejam.

'Pergi tumpang tidur kat umah kawang hang sane..esok buat sarang baru kat tempat lain'

*Pokok yang hidup subur tu sebab mendapat baja yang dibekalkan oleh burung tersebut. Sekian.


Ayam Penyet



Terliur bila teringat..huhuuu
Aku baru try 3 kali ayam penyet ni.



1st time makan, Ayam Penyet Wong Solo. Sambal die memang pedas tahap membunuh. Keluar air mata, air idung...segala jenis air la.. (air yg berkenaan jela..)


2nd time, Ayam Penyet Api. Pedas gak sambal dia tapi tak macam yg 1st tadi. Aku rase aku prefer ni la coz ulam dia lagi mewah. Empal daging sini pun sedap gak! Harga pun murah dari Wong Solo.


3rd time, ayam penyet Ani Sup Utara. Yang ni totally out. Tak macam ayam penyet pun. Macam ayam goreng berempah je. Sambal die pun tak best. Sambal belacan biasa je... Coz tak best so..takde gambar la yek.


Nak try ayam penyet tempat lain pulak pasni... 

IKEA



Hari ini dalam sejarah aku g melawat IKEA.
Biasa lalu depan jek tak teringin pun nak singgah.
Dah tertanam dalam otak aku ni IKEA tempat untuk orang2 yang dah kawen jek.

Tapi tadi teringin plak nak jamu mata kat situ
(Practice jadi orang2 yang dah kawen la konon).

Memang interesting gilerr. Kalau orang yang pernah pergi mesti tau konsepnya. Show room yek bukan cam shopping complex yang kita biasa pergi. Susun barang banyak2 then pilih. Bosan. Kat sini dia dah susun set bedroom, living room, kitchen etc... So die tolong kita generate idea camne nak decorate rumah kite sendiri. Tak la blur2 nak wat concept ape..kaler ape...etc.


Macam2 idea kat dalam pale otak aku tadi.
Nak living room camni...nak bedroom cenggitu...bla bla bla...
(Imaginasi terlampau).


Aku suka basic colour black n white. Modern, simple tp cantik!



Tak sabar rasenye nak berumah tangga ada rumah sendiri... 


Nasi Ambeng



1 of my favret food. 
Dengar name jek dah tau kan ni makanan orang jawe.


Nasi puteh, serunding kelapa, ikan masin, sambal goreng, mee goreng, gulai ayam/daging, bergedil, tempe goreng, tauhu goreng, paceri nenas, acar timun, timun segar dll...


Banyak kan lauk? Semuanya diletak sekali dan dibungkus dalam daun pisang.
Masyuukk weyh!!
Ni la yang aku tunggu2 kalau balik kampung.


Kat sini pun ade..tapi lauk kurang n tak ory la coz aroma daun pisang tu x cukup kuat.
Kalau buat sendiri pun rasenye tak sama.. Tak tau la kenape.


Biasenye kenduri la ade nasi ambeng ni. Tuan rumah bungkus bagi bawak balik. And aku sanggup tahan lapar smpi pukul 10mlm tak mkn semata2 nak tunggu abah aku balik dari keduri bawak nasi ambeng ni...hehe







Tetamu yg tak diundang...Syawal ke-6




Cik Yam tak senang duduk. Awal2 pagi dah riuh sereban.

Rupanya ada tetamu yang tak diundang...

2 ekor ayam dia dah muntahkan. Yang kat dalam perut tak tau la ada bape lagi...
Panjang kan? Aku rase dalam 7-8 kaki..
Dengan kain gombang tu wat operasi..naseb bek tak terlucut

Cantik...tp terpaksa tamatkan riwayatnya..tak dapat gunakan cara lain.. 


Ada niat nak call bomba tapi bila fikir balik tak jadi la... bila bomba sampai 45 minit kemudian tak tau la bende tu dah sampai mane..



Pukul 4 pagi..


Aku terjaga.
Dalam mamai2 tu otak ni duk fikir
Hati berkata-kata...

'Sapela yang tak reti tido ni'
'Main ketuk2 plak malam2 buta ni'

Tangan meraba2 cari handphone.
4.15 am.
Sedar sepenuhnya...

'Tu bunyi lesung...'



Teringat masa kecik2
Mak bangun awal2 pagi
Sediakan masakan panas untuk anak2 sahur
Tapi anak2 liat nak bangun makan.
Padahal tinggal makan je pun...
Tu ok lagi.


The worse...ada jugak anak2 yang marah sebab kene kejut tengah sedap2 tido.
Marah conform la dengan suara tinggi.
Hukumnya?? Fikir la sendri...


Akupun akan jadi ibu 1 ari nanti..Insyaallah...
Tapi..larat ke aku nak bangun prepare sahur untuk anak/anak2 dan ...??


Raya sudah pasti?


Tahun lepas salam tangan masih kosong...
Tahun ni.....
Baru aku sedar anak buah aku dah 5 orang. Ramai tu..!!!


22 Ramadhan...


Tapi aku asyik duk mengira hari
Bila la nak 29 Ramadhan ni...



29 Ramadhan bersamaan hari Khamis, 9 September 2010.
Aku dah apply cuti & dah approved pun.
Hari tu aku akan balik kampung. Yahooo..!!!

Ada lagi 7 hari.
Tapi aku dah takda mood nak keje.
Mood cuti dah mari...
Huh benci betul! 


Masih sempat menambahkan amal ibadat sepanjang sepuluh malam akhir Ramadhan... Selamat beramal...


Sea Bird Nest



Juga dikenali sebagai Rumpai Laut@Rumpai Garam.
Bentuk seperti terumbu karang, biasa dijual setelah dikeringkan.


Sea Bird Nest yang dah dikeringkan
Sea Bird Nest yang dah kembang lepas rendam dalam air.

Makanan penuh khasiat yang biasanya dijadikan bahan campuran dalam manisan / desert bagi masyarakat di China.


Contoh desert, ada juga yang campur bahan lain..kurma or lotus ala2 len chee kang gitu.




Antara kebaikan Sea Bird Nest:


  • detoxification
  • menghapuskan bintik2 hitam
  • menjadikan kulit lebih anjal
  • menjadikan kulit halus
  • membantu sistem penghadaman
  • menghilangkan nafas berbau
  • mengurangkan berat badan
  • meningkatkan fungsi hati
  • meningkatkan peredaran darah dan banyak lagi...


Harga lebih kurang RM100/kg..ngeh3  



Ramadhan Muncul Kembali...


24 atau 25 kali Ramadhan aku jumpa...
Banyak sangat cerita yang susah nak lupa...
Either puasa kt kampung or di perantauan (ayat agak jiwa2)
Semuanya ada keistimewaan masing2.

Since baby sampai form 5 aku stay dengan mak pak..
Lepas tu aku dapat further UiTM Shah Alam (memang mintak situ je pun..haha)
Terpengaruh dengan cerita2 yang UiTM u paling murah di Malaysia...
Dah la 1st time jauh dengan famly...minggu orientasi bulan puasa pulak tu.
Sadis betul rasa...tapi semua ok.
Plus minus dekat 6 tahun gak aku stay Shah Alam.

Puasa paling best mestila waktu diploma.
Stay kat kolej, dapat makan free. Sedap pulak tu!
Tambah2 lagi makan ramai2 dengan member...
OMG I really miss that moment.
Lepas berbuka pergi terawih, then balik terawih dapat moreh.
Makan lagi...

Hasilnya??
Seperti gambar di bawah...hahaaa
Berat masa tu mcm 60kg ++ kot...

Agaknya camni la rupa aku bila pregnant nanti ek..???
Betul la bila orang kata gemok tu = happy  
So jangan la pelik kenapa sejak couple boyfren saya gemok!

XTVT 2 minggu lepas


Hari Sukan Taska Sinar Bestari Ceria....
Syasya Masuk 2 acara; Acara menanam bunga & Memancing ikan.
Mummy & Daddy ada hal so Mama N take over temankan Syasya.

Dapat la no 2 dan 4...
Tengokla aksi budak 3 tahun meraikan kemenangan





Kawan Syasya yang bernama Maisarah.
Tapi sebelum balik baru aku tau semua kawan perempuan dia namanya Maisarah.
Maksudnya....dia tak ingatpun siapa nama kawan2 dia tapi dia bantai je panggil semua Maisarah...

Thanx to Uncle Am yang join d club. Jagan serik ye! 

Somebody asked me...


Its been almost 3 months...camne kerja sini?

Frankly speaking...Aku suka kerja ni. Even mula2 dulu tension gilerr coz banyak sangat benda yang aku tak tau. Tak pernah jumpa pun..but now makin best coz semakin banyak yang aku tau.
Even meja aku tu jarang2 nak lapang dan tersusun kemas (accept kalau nak balik la..) tapi aku suka. Lagi semak meja tu lagi lagi bagus which means lagi banyak kerja (aku takkan ada masa nak fikir pasal benda lain melainkan kerja).

Macam dan rosak je bunyinya aku ni..hahaaa
Hopefully ni bukan cinta monyet! ;)

*mY chOcLuV pernah nak belikan souvenir untuk letak atas meja...tapi taku terpaksa tolak...tengok la meja aku tu..celah mane nk letak sayang oooiii

Heran...







I'm watching Aduan Rakyat right now.
Issue bekalan air paip.
Bukan kat kawasan pedalaman cam kat Sabah & Sarawak
kat Pahang je. Felda pulak tu.
Nangis2 pakcik2 tu luahkan perasaan.



Zaman millennium ni pun ada lagi tempat yang takda belakan air?



Lambat sudaa...



Hepy Belated Birthday...



My beloved...chOcLuV

Luv u...always...muuahhh!!!


Mau balik kampung...yuhooo!!!


Hajat tak sampai


Ingatkan nak introduce my laling arini
Tapi entah kenapa tak dapat nak upload gambar pulak.
Either blogger problem or my broadband bengong.
Next time maybe...

Lega..dapat bawak dia pergi medical check up.
Even berkerut dahi coz beberapa keping not 50 terbang dari purse murahan aku ni
But still rasa berbaloi.
Rasa lebih confident dan selamat.

We will live happily ever after..ngeh3..  


Kelapa Thailand



I was in the lab yesterday when Jess, my manager came...


"N, I simpan desert untuk you. Ada atas meja"


Tak pernah imagine desert itu berupa seperti ini...


Kelapa Thailand
Terasa sayang nak makan..sangat comel ;)
Kelapa muda yang sangat cute. Dalamnya air kelapa yang dijadikan jelly, dengan isi kelapa yang masih fresh. Sebab tu nampak isi kelapa kat atas. Air kelapa dah jadi jelly.
Then di-wrap sekali dengan sudu plastic tu.


How does it taste? Sooo...refreshing!!
Sangat2 fresh dan sedap. Makan pulak masa tengah sejuk.

Bak kata Lyn Yusuf
Bila lalu dekat tekak syiookkk ooo...haha  


Till this moment aku masih tak tau sape yang provide desert tu ek?
Pelik tapi malas nak siasat coz bende dah selamat masuk dalam perut... 

Btw..terima kasih daun keladi  
Daisypath Anniversary tickers
 

pepatungkristal.blogspot.com Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help